Sehubungan dengan itu, memandangkan aspek keselamatan merupakan
salah satu elemen penting di dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA), maka Jawatankuasa Induk EKSA JKSTR telah mengambil inisiatif dengan
mengadakan Program Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran
peringkat Jabatan. Program yang telah diadakan pada 14 Disember 2017 (Khamis)
melibatkan semua wakil dari ibu pejabat, wakil dari setiap zon-zon EKSA
(Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah), wakil dari pengawal keselamatan,
pengurusan bangunan dan pengurusan kebersihan bangunan yang terlibat. Antara
aktiviti lain yang turut diadakan selain ceramah kesedaran berkaitan proses
menangani kebakaran, terdapat simulasi proses bertindak dan menyelamat ketika
berlakunya kebakaran, dan juga demonstrasi memadamkan kebakaran yang dikendalikan
oleh pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu.
Friday, December 15, 2017
PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN & LATIHAN PEMADAMAN KEBAKARAN
Jawatankuasa Pelaksana EKSA dengan kerjasama bahagian
latihan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah mengadakan
satu Program Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran yang mana
ianya diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun di peringkat ibu
pejabat dan mengikut keperluan di daerah-daerah. Tujuan utama program ini
adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pegawai dan kakitangan termasuklah
pekerja swasta yang terdiri daripada pengawal keselamatan, pihak pengurusan
bangunan dan pihak pembersihan bangunan supaya peka tentang prosedur yang perlu
diambil sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan di premis tempat kerja.
Langkah ini diharap akan dapat meningkatkan kesedaran warga Jabatan Kehakiman
Syariah Terengganu terhadap aspek keselamatan ketika bertugas dan berada dalam
bangunan tempat bekerja.
Tuesday, November 7, 2017
JAWATANKUASA LATIHAN TURUN PADANG
Wakil
dari jawatankuasa latihan En Mohd Yusri Bin Ismail telah turun padang mewakili jawatankuasa
latihan bagi sesi audit dalaman kali ke 2 tahun 2017 yang diadakan pada 5 November 2017. Lokasi audit adalah
mrsd besut & setiu. Lokasi audit dipilih secara rawak oleh jawatankuasa audit.
ANUGERAH JAWATANKUASA LATIHAN
Jawatankuasa latihan telah
memenangi anugerah dokumen maya terbaik
dalam sesi Audit kali pertama tahun 2017
BENGKEL BINA BLOG ANJURAN JAWATANKUASA LATIHAN EKSA
Bengkel bina blog bagi Jawatankuasa
dan Zon Eksa .Telah diadakan pada 22 Mei 2017 .Bengkel ini telah
dirasmikan oleh Ketua Pendaftar.Peserta melibatkan 2 org wakil bagi setiap
jawatankuasa dan zon. Peserta diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mewujudkan
blog mengikut jawatankuasa & zon masing2. Dibantu tenaga pengajar dari unit
ict jkstr iaitu En.Azmil Hushairi Bin Remli.
Tuesday, May 23, 2017
SEMINAR EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
Jawatankuasa Latihan EKSA dengan kerjasama JKSTR dan Green2U (EC) Sdn. Bhd. telah mengadakan satu seminar Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 9.3.2017 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu. Seminar tersebut merangkumi 2 slot iaitu Slot Pertama: Taklimat Pencegahan Kebakaran di Jabatan dan Slot kedua: Taklimat Green2U - Seminar Kesedaran Pengurusan Makhluk Perosak.
Bilangan peserta adalah seramai 80 orang. Kehadiran peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan JKSTR.
Jawatankuasa Latihan EKSA dengan kerjasama JKSTR dan Green2U (EC) Sdn. Bhd. telah mengadakan satu seminar Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 9.3.2017 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu. Seminar tersebut merangkumi 2 slot iaitu Slot Pertama: Taklimat Pencegahan Kebakaran di Jabatan dan Slot kedua: Taklimat Green2U - Seminar Kesedaran Pengurusan Makhluk Perosak.
SLOT 1: TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN DI JABATAN
Penceramah: wakil dari Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur
SLOT 2: SEMINAR KESEDARAN PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK
Penceramah: Green2U (EC) Sdn. Bhd.
Monday, May 22, 2017
PERKONGSIAN MAKLUMAT EKSA LAWATAN DARI PEJABAT DAERAH & TANAH KUALA NERUS
Pada 18.01.2017, JKSTR telah menerima kunjungan lawatan perkongsian maklumat EKSA dari Pejabat Daerah & Tanah Kuala Nerus. Peserta adalah seramai 25 orang. Taklimat perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Pn. Noor Afzan bt Adam, Pengerusi JK Latihan EKSA dengan kerjasama JK Induk EKSA JKSTR. Peserta juga dibawa melawat ke lokasi-lokasi yang terpilih.
Subscribe to:
Posts (Atom)