Sehubungan dengan itu, memandangkan aspek keselamatan merupakan
salah satu elemen penting di dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA), maka Jawatankuasa Induk EKSA JKSTR telah mengambil inisiatif dengan
mengadakan Program Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran
peringkat Jabatan. Program yang telah diadakan pada 14 Disember 2017 (Khamis)
melibatkan semua wakil dari ibu pejabat, wakil dari setiap zon-zon EKSA
(Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah), wakil dari pengawal keselamatan,
pengurusan bangunan dan pengurusan kebersihan bangunan yang terlibat. Antara
aktiviti lain yang turut diadakan selain ceramah kesedaran berkaitan proses
menangani kebakaran, terdapat simulasi proses bertindak dan menyelamat ketika
berlakunya kebakaran, dan juga demonstrasi memadamkan kebakaran yang dikendalikan
oleh pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu.
Friday, December 15, 2017
PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN & LATIHAN PEMADAMAN KEBAKARAN
Jawatankuasa Pelaksana EKSA dengan kerjasama bahagian
latihan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah mengadakan
satu Program Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran yang mana
ianya diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun di peringkat ibu
pejabat dan mengikut keperluan di daerah-daerah. Tujuan utama program ini
adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pegawai dan kakitangan termasuklah
pekerja swasta yang terdiri daripada pengawal keselamatan, pihak pengurusan
bangunan dan pihak pembersihan bangunan supaya peka tentang prosedur yang perlu
diambil sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan di premis tempat kerja.
Langkah ini diharap akan dapat meningkatkan kesedaran warga Jabatan Kehakiman
Syariah Terengganu terhadap aspek keselamatan ketika bertugas dan berada dalam
bangunan tempat bekerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)