http://picasion.com/gl/94cD/

Friday, December 15, 2017

PROGRAM KESELAMATAN KEBAKARAN & LATIHAN PEMADAMAN KEBAKARAN

Jawatankuasa Pelaksana EKSA dengan kerjasama bahagian latihan dan pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu telah mengadakan satu Program Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran yang mana ianya diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun di peringkat ibu pejabat dan mengikut keperluan di daerah-daerah. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pegawai dan kakitangan termasuklah pekerja swasta yang terdiri daripada pengawal keselamatan, pihak pengurusan bangunan dan pihak pembersihan bangunan supaya peka tentang prosedur yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran dan kecemasan di premis tempat kerja. Langkah ini diharap akan dapat meningkatkan kesedaran warga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu terhadap aspek keselamatan ketika bertugas dan berada dalam bangunan tempat bekerja.

Sehubungan dengan itu, memandangkan aspek keselamatan merupakan salah satu elemen penting di dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), maka Jawatankuasa Induk EKSA JKSTR telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Keselamatan Kebakaran & Latihan Pemadaman Kebakaran peringkat Jabatan. Program yang telah diadakan pada 14 Disember 2017 (Khamis) melibatkan semua wakil dari ibu pejabat, wakil dari setiap zon-zon EKSA (Mahkamah Rendah Syariah Daerah-daerah), wakil dari pengawal keselamatan, pengurusan bangunan dan pengurusan kebersihan bangunan yang terlibat. Antara aktiviti lain yang turut diadakan selain ceramah kesedaran berkaitan proses menangani kebakaran, terdapat simulasi proses bertindak dan menyelamat ketika berlakunya kebakaran, dan juga demonstrasi memadamkan kebakaran yang dikendalikan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Daerah Kuala Terengganu.

Tuesday, November 7, 2017

JAWATANKUASA LATIHAN TURUN PADANG

Wakil dari jawatankuasa latihan En Mohd Yusri Bin Ismail  telah turun padang mewakili jawatankuasa latihan bagi sesi audit dalaman kali ke 2 tahun 2017 yang diadakan pada  5 November 2017. Lokasi audit adalah mrsd besut & setiu. Lokasi audit dipilih secara rawak oleh jawatankuasa audit.


ANUGERAH JAWATANKUASA LATIHAN

Jawatankuasa latihan  telah memenangi  anugerah dokumen maya terbaik dalam sesi Audit kali pertama tahun 2017 


BENGKEL BINA BLOG ANJURAN JAWATANKUASA LATIHAN EKSA

Bengkel bina blog bagi  Jawatankuasa dan Zon Eksa .Telah diadakan pada 22 Mei 2017 .Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Pendaftar.Peserta melibatkan 2 org wakil bagi setiap jawatankuasa dan zon. Peserta diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mewujudkan blog mengikut jawatankuasa & zon masing2. Dibantu tenaga pengajar dari unit ict jkstr iaitu En.Azmil Hushairi Bin Remli.



Tuesday, May 23, 2017

SEMINAR EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM

Jawatankuasa Latihan EKSA dengan kerjasama JKSTR dan Green2U (EC) Sdn. Bhd. telah mengadakan satu seminar Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 9.3.2017 bertempat di Bilik Gerakan, Aras 5, Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu. Seminar tersebut merangkumi 2 slot iaitu Slot Pertama: Taklimat Pencegahan Kebakaran di Jabatan dan Slot kedua: Taklimat Green2U - Seminar Kesedaran Pengurusan Makhluk Perosak. 

Bilangan peserta adalah seramai 80 orang. Kehadiran peserta terdiri daripada Pegawai dan kakitangan JKSTR. 

SLOT 1: TAKLIMAT PENCEGAHAN KEBAKARAN DI JABATAN
Penceramah: wakil dari Pertubuhan Pencegahan Kebakaran Kuala Lumpur 








SLOT 2: SEMINAR KESEDARAN PENGURUSAN MAKHLUK PEROSAK
Penceramah: Green2U (EC) Sdn. Bhd.










Monday, May 22, 2017

PERKONGSIAN MAKLUMAT EKSA LAWATAN DARI PEJABAT DAERAH & TANAH KUALA NERUS

Pada 18.01.2017, JKSTR telah menerima kunjungan lawatan perkongsian maklumat EKSA dari Pejabat Daerah & Tanah Kuala Nerus. Peserta adalah seramai 25 orang. Taklimat perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Pn. Noor Afzan bt Adam, Pengerusi JK Latihan EKSA dengan kerjasama JK Induk EKSA JKSTR. Peserta juga dibawa melawat ke lokasi-lokasi yang terpilih.



CARTA ORGANISASI